Wellbeing Webinar NADI Care_ Sihat Sama Rata Adakah Akses Kesihatan untuk OKU Sudah Setara | W077
27 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2025, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_ Sihat Sama Rata Adakah Akses Kesihatan untuk OKU Sudah Setara | W077. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta menonton Youtube Sihat Sama Rata Adakah Akses Kesihatan untuk OKU Sudah Setara. Dr Nor Bizura binti Abdul Hamid (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kesihatan OKU) menerangkan definisi OKU iaitu meraka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual dan atau deria, yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Seterusnya, Dr Nor Bizura menerangkan 7 jenis kategori OKU seperti OKU Penglihatan, OKU Pendengaran,OKU Pertuturan, OKU Fizikal, OKU pembelajaran, OKU Mental dan OKU Pelbagai. Selain itu, Dr Nor Bizura menerangkan mengenai Perkhidmatan Kesihatan OKU di Kesihatan Primer dan di Komuniti seperti Klinik Kesihatan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan Pengurusan Pesakit Terlantar di Rumah. Akhir sekali, Dr Nor Bizura menerangkan mengenai Kepentigan Saringan Awal Ketidakupayaan contohnya perancangan intervensi awal untuk KKBK, Sokongan kepada ibu bapa, sokongan kepada ahli keluarga dan masyarakat dan perancangan polisi, infrastruktur dan perkidmatan yang perlu disediakan oleh kerajaan, NGO dan pihak swasta.
Dengan adanya Webinar seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Akses Kesihatan untuk OKU. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: